Sunday, August 12, 2007

Sabda Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah s.a.w
Keseronokan yang halalDaripada Jabir (r.a) katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguhnya wanita itu akan datang berlagak (menggoda seperti syaitan) depan dan belakangnya semuanya kelihatan menawan, bila kamu terlihat dan tertarik dengan mana- mana (wanita), maka baliklah ke rumah mendapatkan isteri kamu (yang halal lagi beroleh pahala), cara itu dapat menolak godaan yang tercetus pada fikirannya tadi (riwayat Muslim dan Abu Daud).
Huraiannya:
Rasulullah pernah mengajar umat Islam mengawal hasutan dan godaan nafsu jahat bila melihat wanita cantik lagi menggiurkan. Ia menyaran jangan melayan godaan itu malah terus memadamkan api godaan dengan kembali ke rumahnya tempat yang memang halal lagi diberi pahala. Keseronokan itu dapat disalurkan pada tempat yang dibenarkan.
Kesimpulannya:
Para isteri di rumah itulah tempat yang halal dan diberi pahala untuk berseronok dengan mereka. Sebab itu bila ada sebarang rangsangan dari luar rumah, maka tumpukan semua rangsangan tersebut terus untuk para isteri sahaja, tidak ada apa yang patut dijijik atau diragukan malah suami isteri diberi kebebasan sepenuhnya.